Pages

Friday, 17 January 2014

The Wedding Breaker ( Ariana Rose )

#nowplaying : ZE:A Daily Daily



 The Wedding Breaker
Karya : Evelyn Rose
" Selangkah aku menghampiri-Mu , seribu langkah Kau mendekatiku . . . "


Antara novel yang menghiburkan dan sangat bagus untuk pembacaan :)
Walaupun novel ni boleh dikategorikan sebagai elite  dan penggunaan bahasa Inggerisnya agak banyak tapi tetap ringan untuk dibaca . Arina Rose yang sedang ditayangkan di TV3 sekarang mesti tengah hangat diperkatakan betul ?
Okay , ni novel my lovely aunt and dia beli novel ni sebelum cerita tu ditayangkan lagi tapi disebabkan tunggu giliran baca jadi sekaranglah baru aku baca kekeke
Aku dah baca sampai muka surat 243 . Baru 2 hari menelaah sebenarnya hahaha Tapi kalau aku fokus dekat si novel je memang settle lama dah LOL


Aku banyak baca novel tapi selalu tak ada kesempatan nak kongsi apa yang aku dapat dalam setiap pembacaan aku .
Sesetengah orang menyifatkan membaca novel bukan sesuatu yang baik . Alasan ?
Daya imaginasi seseorang tu mungkin diluar kawalan . Mungkin .
Berbanding novel Inggeris aku lebih suka pada novel Melayu kerana lebih dekat pada jiwa gitu xD
Banyak perkataan baru akan kita jumpa dan belajar dan juga belajar daripada " pengalaman watak-watak dalam setiap novel " .
Mungkin ia hanya sebuah cerita tapi tiada yang mustahil dalam dunia nikan ?
Walaupun hanya sekadar cerita namun masih boleh kita ambil tidak banyak tapi sedikit cuma iktibar dan moral yang terselit dalam setiap novel tu .


Pada aku Ariana Rose , satu watak yang agak mencabar betul ? Tapi aku sangat tabik spring dekat dia kerana sikap profesionalnya itu .
Secara tak langsung aku boleh belajar dan praktikkan sikap yang satu itu dalam kehidupan aku .
Pada aku yang juga seorang perempuan ni , hmmm . . 
Dia seorang wanita yang sempurna ! Sangat sempurna ! Ya ! Memang pengalaman hitam itu akan terus menjadi sejarah namun pendirian dia sebagai seorang wanita , yang sentiasa patuh pada ajaran Agama buat aku sangat bangga pada watak yang tidak wujud itu .
Kenapa aku berhenti baca dan menaip dekat sini ?


Sebab pada mukasurat 242 ada sesuatu yang buat aku sedar dan berfikir . Kita sebagai umat Islam diajar untuk sentiasa menerima Qada dan Qadar tapi kadang-kala kita jadi alpa dan mempersoalkan tentang takdir Allah itu . 
Petikan itu beri aku semangat baru dan nafas baru untuk terus ke hadapan tanpa pandang lagi kebelakang dan terus menjadi seorang yang KUAT !


Satu lagi yang aku suka akan Ariana Rose ni , sikap yakin diri yang tinggi tu buat aku rasa semuanya akan berjalan dengan lancar jika kita yakin kata kita itu betul dan terus melakukan itu jika kita yakin dan orang sekeliling kita juga akan memandang kita dengan bangga .


Pendek kata , bangga dengan siapa kita ! Yakin pada diri ! Let bygone , be bygone ! Terus cekal dan tabah !